KOTA KINABALU – Veteran politik Sabah Tan Sri Abdul Ghani Gilong, 88, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, malam tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.12 tengah malam akibat sakit tua.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin yang berkongsi berita pemergian tokoh politik itu melalui laman rasmi Facebooknya menyifatkan kehilangan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya bagi rakyat Sabah.



