[VIDEO] Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000, Agensi Umrah & Haji Didakwa ‘Lesap’

[VIDEO] Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000, Agensi Umrah & Haji Didakwa ‘Lesap’

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa dan bengang apabila mendakwa sebuah agensi pengurusan haji dan umrah masih belum melunaskan hutang sebanyak RM65,000 miliknya.

Menerusi video dimuat naik di Instagram miliknya, Aaron berkata pihak agensi terbabit langsung tidak menjawab panggilan telefon dan mengabaikan mesej yang dihantar, seolah-olah cuba melarikan diri.

“Kepada Persada Global Holidays, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi. Saya dah telefon, mesej pun dah hantar, tapi semuanya tak dibalas. Pihak awak hilang entah ke mana.

“Tolong tampil dan selesaikan hutang ini segera. Jumpa saya dan jangan menghilang,” tegas pelakon filem KL Gangster itu.

Menurut Aaron, agensi terbabit juga melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam surat perjanjian bertulis, termasuk janji untuk membuat bayaran secara ansuran.

“Mereka tak amanah. Kontrak dah ditandatangani, tapi pembayaran tak dibuat seperti dijanjikan. Saya akan lantik peguam untuk uruskan hal ini. Yuran pengajian anak saya ke Amerika Syarikat siapa yang nak tanggung?” katanya.

Terdahulu, Aaron mendedahkan beliau terpaksa mendahulukan wang sendiri sebanyak RM90,000 bagi menyelesaikan isu jemaah umrah yang terkandas akibat kecuaian pihak agensi terbabit.

Scroll to Top