[VIDEO] Abby Abadi Dakwa Norman Hakim ‘Terpaksa’ Kahwin Dengannya, Tak Ada Rasa Cinta? – “Masa Tu Dia Frust Dengan Orang Lain”

[VIDEO] Abby Abadi Dakwa Norman Hakim ‘Terpaksa’ Kahwin Dengannya, Tak Ada Rasa Cinta? – “Masa Tu Dia Frust Dengan Orang Lain”

Pelakon, Abby Abadi, meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, aktor Norman Hakim yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, termasuk dalam aspek mendidik anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, mendakwa Norman langsung tidak mengambil tahu perkembangan anak-anak mereka selepas berpisah.

Dalam luahan sama juga, Abby turut mendakwa perkahwinan mereka dahulu bukanlah atas dasar cinta, sebaliknya berlaku kerana terpaksa.

“Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tak sengaja. Ketika itu dia ‘frust’ dengan orang lain tetapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya. Saya kahwin dengan dia selama tujuh tahun sahaja tetapi kami memiliki tiga orang anak,” dakwanya.

Konflik keluarga antara Abby dengan anaknya, Marissa Dania mula menjadi perbualan hangat di media sosial sejak minggu lalu yang bermula selepas ada individu meminta aktres drama Gerak Khas ini untuk meminta maaf kepada Umisya Mazlan.

Keadaan semakin menjadi tidak terkawal selepas pelbagai isu dibangkitkan antaranya dakwaan mengatakan Norman lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak selepas bercerai dengan Abby.

Sekadar info, Abby dan Norman pernah berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2008, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata Mohamad Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha.

@candytabeaute_official

Pengajaran daripada kisah Abby Abadi… #abby #kisahartismalaysia #kisahviral #marisadania #aslam #abbyabadi #fypage

♬ original sound – Candyta Beaute Official – Candyta Beaute Official

Scroll to Top