[VIDEO] Adira Suhaimi Dah Bagi ‘Green Light’, Datuk Red Mahu Selesaikan 50 Peratus Hutang Sebelum Kembali Rujuk – “Cukuplah Sekali Saya Jadi Suami Gagal”

[VIDEO] Adira Suhaimi Dah Bagi ‘Green Light’, Datuk Red Mahu Selesaikan 50 Peratus Hutang Sebelum Kembali Rujuk – “Cukuplah Sekali Saya Jadi Suami Gagal”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan isi hati yang cukup mendalam terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.

Walaupun Adira dikatakan telah memberikan ‘lampu hijau’ untuk kembali bersama, Datuk Red memilih untuk mengutamakan satu perkara penting terlebih dahulu iaitu melangsaikan hutang.

“Adira tidak meletakkan sebarang syarat. Sebenarnya Adira ni dah bagi ‘green light’ dengan saya. Dia tunggu saja saya. Tapi bagi saya pula, bila saya fikirkan hutang saya masih lagi menggunung. Saya tak nak kembali sebagai seorang suami yang gagal lagi,” katanya.

Menurut Datuk Red, kegagalan lalu menjadi pengajaran besar buat dirinya dan dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.

“Dah sekali gagal, saya tak nak gagal untuk kali kedua. Saya kata dekat dia, beri saya peluang untuk selesai sekurangnya 50 peratus hutang, baru boleh kembali bersama,” ujarnya lagi dalam video temu bual bersama Dol’s Podcast yang dikenadilkan oleh Shuib, Fizie dan Mamat Sepah.

@asalbolehlaaa

tok @abg red buat podcast mcm live tiktok ye 😂😂 pandang kemera memanjang 🤪 Kalau nak layan full boleh pergi YT channel “Shuib Channel” atau Dols Podcast #abgred #datored #adirasuhaimi #fyp

♬ original sound – 𝓐𝓻𝓶𝓪𝓭𝓪 – 𝓐𝓻𝓶𝓪𝓭𝓪

Pesanan Dari Hati Buat Adira

Dalam nada penuh emosi, Datuk Red turut menitipkan ucapan istimewa buat Adira yang masih dianggapnya insan istimewa dalam hidup.

“Kepada Adira, kalau ada rezeki dan jodoh saya akan kembali menjadi suami awak. Andai kata kalau rezeki dan jodoh saya tiada, saya doakan dia bahagia. Carilah orang yang boleh menjaga dengan sebaiknya.”

Tambahnya lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Adira.

“Dia masih muda lagi, masa depan cerah. Jangan takut, saya tidak berdendam malah saya mendoakan lagi. Andai kata dah berjodoh, ada masalah awak telefon saja saya… saya akan cari awak,” katanya.

Umur Dah 47 Tahun, Tak Ada Masa Nak Bercinta

Dalam nada lebih serius, Datuk Red juga menyatakan dia reda jika tidak berjodoh lagi dengan Adira, malah rela hidup menduda hingga ke hujung nyawa.

“Jauh di sudut hati saya, kalau saya tidak berjodoh dengan Adira, biarlah saya menduda hingga ke akhir hayat. Umur saya dah 47 tahun, tiada masa nak bercinta. Fokus saya nak besarkan anak-anak dan bayar hutang.”

Adira dan Datuk Red pernah berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan empat orang anak. Pasangan ini sah bercerai pada 2023, namun hubungan mereka kekal baik hingga kini.

Kredit: Dol’s Podcast

Scroll to Top