[VIDEO] Ahli Parlimen Tegur Syed Saddiq Jangan Lupa Tugas Sebagai Wakil Rakyat – “Melepak Dengan Artis… Tak Ada Masalah, Tapi…”

[VIDEO] Ahli Parlimen Tegur Syed Saddiq Jangan Lupa Tugas Sebagai Wakil Rakyat – “Melepak Dengan Artis… Tak Ada Masalah, Tapi…”

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid secara terbuka tampil memberi teguran kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq agar tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Menerusi sebuah video di TikTok, Syerleena berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Syed Saddiq mahu berkawan dengan golongan selebriti, namun tidak terbabit dalam ‘gosip cinta’.

“Akak nak nasihatkan adik supaya kembalilah fokus kepada tugasan adik yang sebenarnya iaitu wakil rakyat. Tapi kalau adik rasa tak mampu lagi galas tanggungjawab itu, maka serahlah tugasan itu kepada individu lain.

“Akak faham yang adik nak tunjukkan adik ni menjiwai anak muda, contohnya suka bersukan, melancong, melepak dengan artis… tak ada masalah tetapi, bukanlah keterlaluan sampai keluar dalam berita gosip.

“Kita kena tunjuk teladan yang baik kepada anak muda menerusi media sosial,” katanya.

Dalam video sama, Syerleena turut memberi peringatan kepada Syed Saddiq untuk melepaskan jawatannya sekiranya tidak boleh terus menggalas peranan sebagai wakil rakyat.

“Akak nak bertegas dalam bab ni bahawa kita ni dibayar gaji yang tinggi untuk ‘all out’ bantu rakyat di kawasan, bukan ambil kesempatan guna jawatan ini mendekati golongan-golongan tertentu.

“Apa cerita dekat parlimen Muar? Takkan tak ada isu kot. Ulaslah dalam TikTok tu adik. Sekali lagi sebagai kakak nak bagi tahu, lepaskan jawatan sebagai ahli parlimen kepada rakyat kalau rasa tak mampu nak menggalas tanggungjawab tersebut. Kita biar rakyat pilih yang baru,” tambahnya.

@syerleena_rashid

♬ original sound – Syerleena_Rashid – Syerleena_Rashid

Sejak kebelakangan ini, nama Syed Saddiq hangat menjadi sebutan bersama aktres dan selebriti, Bella Astillah selepas tular beberapa video mesra mereka di media sosial.

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq dan Bella Astillah turut sama-sama menawan Gunung Kinabalu.

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Bella Astillah & Syed Saddiq Daki Gunung Kinabalu Bersama, Netizen Komen: “Ironlady Memang kena ‘Match’ Dengan Ironman”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Nak Orang Dalam Industri Seni… Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Pilihan Hati

Scroll to Top