Walaupun hanya memperoleh RM2,500 hasil membuat siaran langsung bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, pempengaruh, Aiman Tak Kesah tetap tidak culas dalam menunaikan tanggungjawab terhadap dua wanita penting dalam hidupnya iaitu ibunya dan bekas isteri, Siti Jamumall.
Aiman atau nama sebenarya Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai, 21, dalam satu perkongsian video di media sosial, berkata dia hanya menyimpan RM500 untuk kegunaan sendiri manakala baki RM2,000 diagihkan secara adil kepada ibunya dan Siti.
“Nafkah saya dengan Siti RM2,000. Saya baru dapat RM2,500 hasil saya bekerja buat live dengan Datuk Aliff Syukri. Kita bagi ikut kemampuan, jangan menyiksa. RM500 untuk saya, apa pun yang berlaku, diri sendiri dulu,” katanya.
Aiman turut menekankan pentingnya berlaku adil dan bertanggungjawab walaupun jumlah pendapatan tidak seberapa.
“Ini cara pembahagian aku, RM1,000 masing-masing… kita perlu adil,” katanya lagi.
Malah, Aiman juga dilihat menghubungi ibunya untuk memastikan wanita itu bersetuju dengan jumlah yang diberikannya, apatah lagi menyedari ibunya kini sedang berdepan kesempitan hidup.
“Jom kita call ibu, tanya dia okay ke kalau saya bagi RM1,000 sebab ibu pun tengah susah sekarang,” katanya.
@umayra119 aiman nk buat pemberian nafkah gaji kerja dgn @datoaliffsyukriofficial jom tgk mcm mana dia bg nafkah untuk @sitijamumall semoga semua urusa dipermudah.. aminnn #sitijamumall #sitijamumallcerai #aiman #aimantakkesah #nafkah #cerai #talak
Dalam pada itu, Aiman juga turut berusaha untuk menghubungi Siti bagi memaklumkan perkara itu tidak berjaya apabila panggilannya tidak diangkat.
Tindakan Aiman ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji keikhlasannya serta keutamaan yang diberikan kepada ibu dan bekas isteri meskipun dalam keadaan serba kekurangan.




