“Saya sanggup ke klinik, buat ujian air kencing… semata-mata nak bersihkan nama!”
Itu penegasan pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Menerusi video siaran langsung yang tular di TikTok, Aiman bukan saja tampil menjawab tuduhan liar itu, malah turut menunjukkan bukti memaparkan keputusan ujian air kencing bertarikh 16 Mei lalu yang disahkan negatif bagi lima jenis dadah utama termasuk morfin dan ganja.
“Saya buat semua ini demi maruah keluarga saya di kampung. Arwah ayah, mak dan seluruh keluarga besar saya. Saya tak ambil dadah… ujian dah sahkan benda tu. Ini untuk ‘clear’ nama saya,” katanya.
Dalam pada itu. Aiman turut mengaku khilaf apabila gagal mengawal emosi hingga melafazkan cerai terhadap isterinya, Siti Jamumall ketika siaran langsung di TikTok.
“Ilmu agama saya memang kurang. Sepatutnya saya tenang dan cari ilmu dulu sebelum buat keputusan sebesar ini.
“Tapi benda dah jadi, saya minta maaf… kalau orang nak benci saya pun, saya reda,” luahnya dengan nada kesal.
Walaupun hubungan rumah tangga mereka retak, Aiman tetap mengangkat Siti sebagai seorang wanita yang hebat dan isteri yang taat.
Selain turut menitipkan harapan agar orang ramai mendoakan kelancaran kandungan Siti serta kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.
“Siti memang isteri yang mendengar kata. Keluarga dia pun baik-baik belaka. Dia berdikari, dia kuat. Saya hormat dia.
“Doakan anak kami lahir dengan sihat. Itu saja saya minta sekarang,” katanya.
@rancakviral.rv DOAKAN yang baik baik@sitijamumall @AIMAN TAK KESAH #luncur🛫🚀 #aimantakkesah #sitijamummall #fypシ゚viral #fypppppppppppppp #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #fyp #fypage @ADAAMAINA
Terdahulu, dunia maya kecoh selepas Siti dan Aiman bertikam lidah ketika ‘live’, sebelum Aiman melafazkan talak di hadapan ribuan penonton.
Malah, sebelum ini Siti mengakui pernah bercerai sekali dan kembali rujuk selepas proses pengesahan dilakukan dalam tempoh satu hari.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
Siti kemudian berkahwin dengan Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.