[VIDEO] Aktor Lelaki Didakwa Herdik Isteri, Harris Alif ‘Settle’ Isu Dalam Ring Demi Maruah! – “Saya Tak Boleh Terima Dia Sentuh Keluarga”

[VIDEO] Aktor Lelaki Didakwa Herdik Isteri, Harris Alif ‘Settle’ Isu Dalam Ring Demi Maruah! – “Saya Tak Boleh Terima Dia Sentuh Keluarga”

Pelakon dan penyanyi, Harris Aliff mengambil langkah berani untuk memasuki gelanggang perlawanan tinju bagi menebus maruah dirinya selepas mendakwa seorang aktor telah mengherdik keluarganya.

Ketika ditemui media, Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 26, menjelaskan dia memilih untuk menyertai kejohanan tinju Asia Championship 2025 selepas dicabar oleh aktor tesebut.

“Sebenarnya ada satu kejadian yang berlaku di luar Kuala Lumpur di set penggambaran kira-kira tahun lalu akibat mulut individu itu yang pada saya sangat kurang ajar.

“Saya pun ada tahap kesabaran juga. Bila saya tegur, adalah berlaku sedikit pergelutan, tetapi kami saling minta maaf selepas isu itu. Tak lama selepas itu, dia buat siaran langsung yang sangat mencalar imej saya.

“Satu dia cerita benda tak betul, paling tak boleh terima dia sentuh mengenai isteri saya. Sebagai ketua keluarga takkan nak duduk diam saja? Demi menebus maruah saya, lebih baik kami selesaikan isu ini dalam ring.

“Saya tengok dalam senarai peserta ada nama dia, jadi sebab itu saya sertai Asia Championship ini,” katanya.

Ketika disoal mengenai reaksi isterinya, aktres, Intan Ladyana, Harris berkata sebagai wanita sudah tentu dia terasa apabila dikritik sedemikian.

“Intan tahu sebab saya tunjuk video siaran langsung individu itu. Bila tengok sebagai seorang wanita mesti dia terasa. Dia pun terkejut apabila pelakon itu sebut nama dia sedangkan tak ada isu antara mereka.

“Saya memang kata dekat dia saya memang nak masuk, kalau bukan dekat Asian Championship pun bayarlah mana-mana tempat tinju saya dan dia berlawan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Anugerah itu turut mengakui dirinya sedang berusaha untuk mengawal kesabarannya agar tidak terlalu mengikut emosi apabila berdepan konflik ini.

“Saya tengah belajar untuk bertenang dan bersabar. Seboleh-bolehnya saya harap tiada kejadian tidak diingini di luar gelanggang.

“Walau macam mana pun provokasi diberikan, saya cuba untuk bersabar.. Saya pun anak dah dua, ganas pun tak macam dulu. Cuma, jangan salah sentuh,” katanya.

Sekadar info, kejohanan tinju Asia Championship 2025 bakal berlangsung pada 18 Oktober depan.

Menurut penganjur, Datuk Abd Rahman Soltan memaklumkan edisi perlawanan kali ini bakal menampilkan gabungan artis, pempengaruh, dan atlet.

Scroll to Top