[VIDEO] Aliff Syukri Tunai Hajat Anak, Beri ‘Hadiah’ Jam Tangan Mewah – “Tak Nak Sebut Harga Takut Riak”

[VIDEO] Aliff Syukri Tunai Hajat Anak, Beri ‘Hadiah’ Jam Tangan Mewah – “Tak Nak Sebut Harga Takut Riak”

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya menunaikan hajat anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra atau lebih mesra dengan panggilan Cess.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff memaklumkan, itu adalah ‘hadiah’ untuk anaknya selepas bersusah payah menolongnya menjual produk keluarannya secara live di TikTok.

Selain, mahu orang lain di luar sana terinsiprasi untuk bekerja lebih keras lagi.

“Tak boleh lah bagitahu erapa harga dia. Nantia da orang kata perasaan riak. Itu tak nak.

“Saya belikan bukan untuk riak tetapi untuk memberi anda semua inspirasi kalau ada rezeki lebih boleh lah beli.

“Sebab dulu, masa abah kahwin hantaran dekat mama dulu adalah jam Guess bernilai RM500. Jadi ini hadiah untuk Cess, Ammar pun ada juga,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff memaklumkan, dia memilih jam tangan mewah itu dek kerana rek abentuknya yang klasik selain ia juga edisi terhad yang dilengkapi dengan hiasan batu permata.

 

Scroll to Top