[VIDEO] Anak Norman Hakim Terkejut Kereta Disimbah Cat – “Semalam Baru Kena Langgar…”

[VIDEO] Anak Norman Hakim Terkejut Kereta Disimbah Cat – “Semalam Baru Kena Langgar…”

Demikian luahan anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Danish Hakim, selepas mendakwa kereta miliknya disimbah cat putih dalam kejadian yang berlaku di kawasan kediamannya, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi Danish menerusi satu video di Instagram Story (IGs) miliknya yang memaparkan keadaan keretanya yang dipenuhi kesan simbahan cat di bahagian hadapan dan belakang.

“Ini kawasan rumah saya, dan selalunya saya akan parkir di hadapan rumah kosong. Korang tengok sendiri, tak masuk akal ada orang sanggup simbah cat dekat kereta saya depan belakang. Ini memang tak kelakar langsung,” katanya menerusi video berkenaan.

Dalam hantaran lain di IGs, Danish turut memaklumkan bahawa laporan telah dibuat kepada pihak keselamatan kawasan perumahannya bagi tindakan selanjutnya.

Danish yang juga pernah menyertai program realiti Fit For Action, bagaimanapun bersyukur apabila keretanya berjaya dibersihkan selepas dihantar ke sebuah pusat cucian kereta.

Scroll to Top