[VIDEO] Bagusnya! Kereta Rosak, Fikry Ibrahim Luah Rasa Syukur Masih Wujud Orang Baik Hulurkan Bantuan

[VIDEO] Bagusnya! Kereta Rosak, Fikry Ibrahim Luah Rasa Syukur Masih Wujud Orang Baik Hulurkan Bantuan

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran di media sosialnya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, Fikry memaklumkan, kereta miliknya rosak namun, dia bersyukur apabila dipertemukan dengan orang baik.

Meskipun berbeza agama dan budaya, Fikry bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan.

“Kereta saya rosak, tapi ada satu hamba Allah ni datang untuk bantu saya.

“Terima kasih tumpangkan saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat perkongsian Fikry.

Malah, ramai yang memuji sikap pengacara Melodi TV3 ini yang humble kerana tidak kisah untuk menaiki lori.

Scroll to Top