[VIDEO] Bangkit Dari Kecaman, Ira Kazar Mengaku Sukar Untuk ‘Move On’ – “Orang Lain Tak Boleh Tolong”

[VIDEO] Bangkit Dari Kecaman, Ira Kazar Mengaku Sukar Untuk ‘Move On’ – “Orang Lain Tak Boleh Tolong”

Bekas isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengaku sukar untuk ‘move on’ selepas episod duka yang dilaluinya.

Kata Ira menerusi sesi temu bual yang tular di TikTok, dia mengambil masa untuk bangkit dari kontroversi lalu.

“Apa yang saya lalui memang banyak pengajaran dan banyak juga saya rasa benda yang saya tak boleh buat dulu, sekarang boleh buat.

“Yang membuatkan saya move on tu bukan mudah. Ia mengambil masa.

“Dan saya sendiri kena bina keyakinan diri dengan sendirinya. Orang lain tak boleh tolong. Jadi saya paksa untuk keluar dari kepompong tu,” katanya.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi ini menjelaskan, orang sekeliling menjadi sebab untuknya bangkit dan memulakan hidup baru termasuklah mencari kebahagian yang diimpikan.

“Sebenarnya orang sekeliling yang banyak bantu saya bangkit. Mereka beri kata-kata semangat, doa yang sangat baik.

“Tapi semuanya terpulang pada diri sendiri. Kalau anda decide untuk bersedih lama-lama atau kemurungan lama-lama nanti anda akan duduk je lah dekat tempat tu.

“Macam saya, saya sendiri cari jalan untuk cari dekat mana kebahagian yang saya nak. Dan sudah tentu dari dalaman saya tanam niat tu saya nak move on. Nak tengok benda yang baru.

“Apa yang saya boleh buat sebenarnya yang sebelum ni tak confident nak buat,” jelasnya.

Scroll to Top