Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah gagal menahan sebak apabila melihat video nyanyian anak sulungnya, Ayden Adrean.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Bella mengakui bahawa ini merupakan kali pertama dia menonton rakaman tersebut kerana sebelum ini tidak berkesempatan berbuat demikian.
“Assalamualaikum so saya nak tengok video nyanyian Ayden, sebeb sebelum ni belum berkesempatan. So, jom tengok,” katanya.
Namun, sebaik sahaja menyaksikan nyanyian anaknya itu, Bella kelihatan tidak mampu menahan sebak sebelum dia spontan meminta tisu daripada rakan baiknya, Niel.
“Eee, sebab tu takut tengok akan termenangis.
“Ni semua mesti idea Didi. Thank you, Ayden… Nangis Mummy tau Ayden ni.
“So, semua yang belum tengok lagi muzik video ni dan terima kasih juga sebab jumalh tontonan pun dah mencecah 500,000 on Youtube.
“Terima kasih untuk sokongan anda semua,” tambahnya.
Video berdurasi lebih dua minit itu sekaligus meraih lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 43,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.