[VIDEO] Bella Astillah Kantoi Lagi, Manja Panggil Syed Saddiq ‘Love’

[VIDEO] Bella Astillah Kantoi Lagi, Manja Panggil Syed Saddiq ‘Love’

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan selepas dipercayai memanggil Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan panggilan ‘love’.

Video tular tersebut memaparkan sesi siaran langsung adik Bella, iaitu Didi Astillah ketika mereka baru sahaja selesai bermain go-cart sempenar ulang tahun Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.

Apa yang mencuri perhatian adalah Bella secara spontan memanggil Saddiq dengan panggilan ‘love’, tanpa menyedari sesi siaran langsung tersebut masih berjalan.

Manakala, Didi yang mengendalikan siaran langsung tersebut turut terkejut dan cuba untuk menutupi kejadian itu.

“Eh, panggil love love.. Apa la dia ni aduh,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, gelagat Bella itu mencuit hati ramai dalam kalangan netizen yang seakan gembira melihat kemesraan selebriti itu bersama Saddiq.

@mine2je

😁😆 Maybe Bella didn’t even realize she said ‘love’… it probably just slipped out.🫣🤍 #bellaastillah #syedsadiqq #BASS #bellaastillahsyedsaddiq #fypppppppppppppppppppp

♬ original sound – Mine – Mine

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan mengesahkan hubungan Bella dan Saddiq benar-benar menyulam cinta.

Terdahulu, Bella menafikan dakwaan dirinya sudah bertunang dengan Saddiq, sebaliknya menjelaskan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya dan anak-anak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nanti Saya Maklumkan” – Didakwa Dah Bertunang, Bella Astillah & Syed Saddiq Respons

 

Scroll to Top