Kemunculan pasangan popular, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq seakan ditunggu-tunggu peminatnya tidak kiralah faktor usia.
Terbaru, menerusi perkongsian video tular, Syed Saddiq dan Bella Astillah kelihatan tampil dalam satu sesi siaran langsung di TikTok selepas dilantik menjadi duta bagi sebuah jenama minyak wangi baru-baru ini.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah ketika Bella mengusik Syed Saddiq dengan memberikannya soalan mudah.
“Kejap saya nak tanya, selepas huruf ‘A’ huruf apa?,” soal Bella.
Mendengar soalan yang diajukan, Syed Saddiq kemudian pantas menjawab bahawa selepas huruf ‘A’ adalah huruf ‘B’ dan kemudian penyanyi itu berseloroh memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’.