Selepas sekian lama tidak muncul di khalayak, penampilan terkini pelakon Enot mencuri perhatian apabila dilihat semakin langsing dan sihat.
Menerusi video terbaru yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 46, mendedahkan bahawa berat badannya kini telah turun kepada 75 kilogram (kg).
Dalam rakaman tersebut, Enot tampil bergaya dalam persalinan serba hitam yang dipadankan dengan ‘bucket hat’ sambil mempromosikan produk makanan tambahan.
Menjawab pertanyaan netizen mengenai rahsia penurunan berat badannya, Enot menjelaskan bahawa dia mengamalkan rutin sauna, bersenam secara konsisten, serta mengambil produk yang dipromosikannya.

Di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan perubahan drastiknya, malah tidak menyangka bahawa Enot kini semakin langsing.
Netizen turut memuji semangatnya dalam menjaga kesihatan dan penampilan.
@enot7812 Salam selamat berpuasa hr ke 3 dah,yg mane x mulakan lg minum @KALISTA HQ mulakan sekarg sbb bila minum teh tarik atau almond maciato dr kalista kt rasa kenyang smpai petang n yg paling penting kt x perlu risau nak mkan bnyk masa berbuka sbb lps buka puasa je kt minum burnicetea terus dia bantu kt mbuang sume lemak2 yg x patut,so tggu apa lg dptkan produk kalista skrg,bole pg ke hq live setiap hr atau pg ke bag kunjng yg vttnya akk dah pinnedkan kat feet akk ok #bersyukur #alhamdulillah #seremban #fypage #2025 #fypシ゚viral🖤tiktok #ramadan #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #tehtarikkalista #fypmalaysia #fypburnicetea #sihat #raya #kalista #fypborneo #angsanamall
Artikel Berkaitan: Didie Alias Enggan Kenang Persahabatan Bersama Enot – “Dia Tak Ada Dalam Memori Hidup Saya”
Artikel Berkaitan: “Dua-Dua Manis & Berat” – Sweet! Bagi ‘Pick-Up Line’, Kekasih Hati Enot Sanggup Buang Jambang Demi Cinta
Artikel Berkaitan: “Nak Pegang Lebih-Lebih Tak Boleh, Bukan Muhrim!” – Tahu Jaga Batas, Enot Ada Sebab Tak Pamer Wajah ‘Mr Secret’




