[VIDEO] “Berkarisma, Tinggi & Kurus” – Madammu Puji Fazura Miliki ‘Pakej’ Lengkap Wanita Cantik

[VIDEO] “Berkarisma, Tinggi & Kurus” – Madammu Puji Fazura Miliki ‘Pakej’ Lengkap Wanita Cantik

‘Selain cantik dia juga ada karisma lebih-lebih lagi waktu dia free hair’.

Demikian luahan usahawan popular, Madammu terhadap penyanyi dan pelakon jelita, Nur Fazura menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Katanya, aktres itu bukan sahaja kelihatan cantik malah memiliki karisma.

“Bagi saya artis yang cantik adalah Fazura, selain cantik dia juga ada karisma lebih-lebih lagi waktu dia free hair.

“Tapi bila dah bertudung pun, okay. Dia memang lawa, tinggi dan kurus. Memang ada pakej. Saya suka cara dia berpakaian,”katanya.

Mengaku sangat meminati Fazura, Madammu bagaimanapun menjelaskan topik cantik ini terlalu subjektif untuk dibualkan memandangkan ia bergantung kepada pandangan masing-masing.

“Setiap orang pandangan cantik mereka berbeza-beza. Kalau ikut citarasa saya, saya tak tengok kecantikan pada wajah tapi cara seseorang itu berpakaian dan bercakap.

“Cantik itu subjektif tapi kalau ikut definisi cantik bagi saya bukanlah wajah semata-mata. Saya tengok pada keseluruhan badan,” ulasnya.

Bagaimanapun, menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Madammu menegaskan, pujian yang diberikan terhadap aktres itu hanyalah sekadar pandangan peribadinya sahaja.

“Siapa yang follow saya dari dulu memang tahu saya suka Fazura.

“Saya cakap ni berdasarkan apa yang saya rasa, tiada kaitan dengan orang lain,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 75,000 tontonan yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Madammu terhadap aktes cantik itu.

 

Scroll to Top