Trending
Video Cikgu Fadilah dan ‘Abang CCTV’ kini disiasat polis. Guru wanita itu buat laporan selepas video panas tersebar!
Kes membabitkan guru wanita, Cikgu Fadilah dan seorang lelaki berstatus suami orang dikenali sebagai ‘Abang CCTV & Wiring’ kembali mencuri perhatian selepas video seks mereka mula tersebar di media sosial.
Menurut laporan Kosmo, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video berkenaan mula ditularkan.
Polis siasat di bawah dua akta!
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat penularan video itu.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan **Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).
Difahamkan, siasatan awal terhadap telefon bimbit milik ‘Abang CCTV’ tidak menemui bahan pornografi, dan kes kini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Kontroversi bermula dari WhatsApp lucah
Sebelum ini, media sosial kecoh apabila tangkap layar perbualan lucah didakwa melibatkan pasangan tersebut tersebar, dipercayai didedahkan oleh isteri kepada lelaki terbabit sendiri.
Rentetan itu, Cikgu Fadilah dan lelaki berkenaan mengaku bersalah atas tuduhan cuba melakukan zina, dan telah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 28 Februari lalu.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




