Pelakon dan pelawak terkenal, Achey, menyentuh hati ramai apabila berkongsi sebuah coretan penuh kasih buat puteri kesayangannya, Nur Tiara Zinnirah.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Achey, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, menitipkan harapan agar setiap insan yang terhibur dengan keletah anaknya turut menyelitkan doa yang baik buat perjalanan hidupnya.
“Kadangkala dia tak tahu pun dia pernah hiburkan rakyat Malaysia. Apa yang ayah harap bila orang suka awak, terselit doa baik untuk proses awak membesar. Menjadi insan yang baik. Amin,” katanya dalam video memaparkan anaknya sedang tidur.
Dalam ruangan kapsyen, Achey turut menitipkan pesanan penuh makna kepada puterinya, mengingatkan agar sentiasa menjadi insan yang berbudi pekerti..
“Minta maaf kalau ayah mama bukan yang terbaik untuk awak.. Setidaknya, jika doa ayah tidak cukup, mungkin orang lain boleh ‘cover’.
“Dah besar nanti awak boleh tengok balik coretan, suntingan, yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak disayangi masyarakat. Tolong bawa perkara baik-baik sampai ke dewasa ya nak..,” luahnya.
Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara yang kini berusia enam tahun sebagai anak angkat pada 2018.
@achey_kintangkintung Entah lahh main perasaan plak pagi sahur ni… sory nak kalau ayah mama bukan yang terbaik untuk awak… setidaknya jika doa ayah tidak cukup… mungkin orang lain boleh cover 😅… dah besar nanti awak boleh tgk balik coretan,suntingan yang ayah buat untuk awak sedikit sebanyak di sayangi masyarakat .. please carry benda perkara baik sampai ke dewasa nak.. .. – ayah – #tiaracandy @tiaracandy_official @anne_achey21