Video Dengan Ruhainies Undang Perhatian, Betty Rahmad Tampil Bersuara | Trending – Oh! Media

Video Dengan Ruhainies Undang Perhatian, Betty Rahmad Tampil Bersuara | Trending – Oh! Media

Trending

Betty Rahmad kesal netizen cepat menghukum selepas video di majlis ilmu tular. Dia tegaskan niat hadir bukan nak nilai orang.


Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil meluahkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir netizen yang cepat menghukum hanya berdasarkan video tular slow motion.

Menerusi Threads, beliau menjelaskan bahawa kehadirannya ke majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar baru-baru ini adalah untuk mencari ilmu agama, bukannya untuk menilai orang lain.

Kalau niat jahat dengan orang atau nak menilai orang, lebih baik duduk rumah saja.

“Sudahlah buat andaian, masa saya terlalu berharga” – Betty Rahmad

Betty yang juga adik kepada penyanyi Erra Fazira berkata dia lebih suka fokus pada memperbaiki diri sendiri daripada sibuk mempersoalkan hal orang lain.

Masa saya terlalu berharga untuk nilai orang atau ambil tahu pasal orang. Banyak benda dekat diri saya yang nak kena betulkan.

Video tular cetus spekulasi

Ruhainies

Sebelum ini, video yang memperlihatkan Betty bersama Ruhainies dan Nora Danish bergambar di majlis ilmu menjadi tular dan menerima pelbagai komen negatif. Ada netizen mendakwa reaksi wajah Betty dan Nora kelihatan tidak senang, sekaligus mencetuskan pelbagai andaian.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen tampil mempertahankan Betty dan menyokong niat baiknya mendalami ilmu agama. Mereka turut memuji penghijrahan Betty serta rakan-rakan artis lain.

Setiap hantaran boleh dapat duit, pahala atau dosa… pilihlah nak yang mana.

Pssttt! Jangan mudah membuat andaian hanya berdasarkan secebis video. Kadang-kadang, kebaikan seseorang tak perlu dijadikan persoalan, cukup Allah yang tahu niat sebenar.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top