Gosip mengenai dakwaan sedang hangat ‘bercinta’ bersama pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin kian menuai tumpuan.
Terbaru, menerusi perkongsian terkini di platform TikTok, penyanyi Amira Othman memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang duduk disebuah kerusi sebelum individu lelaki didakwa Fattah datang kepadanya dan bertanya adakah penyanyi itu sudah berkahwin atau sebaliknya.
Video berdurasi 26 saat yang dikongsikan itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.
“Tak habis-habis ya orang tanya bila nak kahwin? Bila nak kahwin. Awak ni siapa pula tiba-tiba tanya saya bila nak kahwin?,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut pelantun lagu ‘Hati-Hati’ itu berteka-teki mengenai siapakah pemilik suara individu lelaki yang didakwa Fattah Amin didalam video berkenaan.
Malah, ramai juga yang berpendapat bahawa gosip cinta yang tular membabitkan penyanyi ini hanyalah bertujuan untuk meraih publisiti pemasaran (marketing) bagi lagu baharu Amira selain ada yang mendakwa ia juga adalah promosi bagi projek makanan popular, Pak Mat Western.
Video yang dimuat naik sejak Rabu itu bagaimanapun meraih lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 14,000 tanda suka.
Terdahulu, gosip cinta Amira dan Fattah Amin mula menjadi topik perbualan hangat selepas video ‘recap’ 2024 Amira yang dikongsikan di Instagram miliknya menjadi perhatian ramai.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Ada Bakat Menyanyi, Berlakon Pun Bagus” – Fattah Amin Cari Live Host, Netizen Berpakat Petik Nama Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN:Individu Soal Tak Takut ‘Expired’ Ke Lambat Kahwin… Didakwa Terlalu Memilih, Ini Respons Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN:Video ‘Recap’ 2024 Raih Tumpuan, Kapsyen ‘Hati Hati’ Jadi Tanda Tanya… Netizen ‘Approve’ Fattah Amin & Amira Othman?
ARTIKEL BERKAITAN:Ayu Wajahnya, Sopan Orangnya & Stabil Kerjaya…Tapi Belum Berpunya? Amira Othman Reda Jodoh Belum Tiba Lagi