[VIDEO] Diuji Tanpa Tawaran Kerja, Fimie Don Akui Pernah ‘Ego’ Dengan Tuhan

[VIDEO] Diuji Tanpa Tawaran Kerja, Fimie Don Akui Pernah ‘Ego’ Dengan Tuhan

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don tidak menyangka dirinya diuji dengan fasa kehidupan paling gelap apabila langsung tidak mendapat sebarang tawaran kerja selama hampir dua bulan.

Buntu dan hilang arah, Fimie atau nama lengkapnya, Shafimie Saedon, 27, nekad mengambil kerja sebagai ‘hantu’ di taman tema Sunway Lagoon.

“Bayangkan, dua bulan saya tak ada job berlakon atau menyanyi. Saya duduk di studio teater, tak balik rumah. Saya rasa sangat ‘lost’.

“Akhirnya saya kerja jadi hantu di Sunway Lagoon. Walaupun muka dah penuh makeup seram, orang tetap cam saya. Bila ditegur ‘Eh, Fimie Don ke?’ saya rasa malu sangat,” katanya.

Lebih memilukan, Fimie yang pernah popular sebagai pelakon kanak-kanak satu ketika dulu berkata kerja sebagai ‘hantu’ itu hanya dibayar RM200 untuk tempoh dua bulan.

“Dua bulan kerja jadi hantu gaji aku RM200. Aku tak pernah kerja waktu pejabat pukul 9 – 5 petang, jadi aku tak ‘punch in and out’.

“Sebelum aku kerja dekat situ, mak aku kata ada satu tawaran kerja tapi saya tolak. Bayangkan dua bulan tak ada kerja lepastu tiba-tiba nak bagi aku tawaran masa aku dah kerja Sunway Lagoon. Aku ego dengan Tuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Fimie turut mendedahkan dia pernah mempersoalkan aturan Tuhan ketika berdepan kesusahan.

“Aku cakap dengan Tuhan ‘ah tak ada. No. Tak nak bagi muka kali ini. Saya akan buat apa saya nak. Aku nak kerja Sunway Lagoon, ini usaha aku… kau nak tengok aku berusahakan? Kau rasa kau bagi aku berlakon sebelum ini hadiah untuk aku’,” katanya.

Namun, Fimie akui semua yang berlaku adalah satu bentuk teguran daripada Yang Maha Esa.

“Tuhan tunjuk kuasaNya kat aku, dua bulan aku kerja sia-sia RM200 saja gaji.  Tapi sehari selepas itu, produksi yang sebelum ini telefon semula mereka tanya balik kalau saya masih berminat, dan kali ini tawaran naik jadi RM6,000,” ujarnya lagi.

Jelas Fimie, pengalaman itu menyedarkannya rezeki tetap milik Tuhan dan tidak pernah datang lewat.

“Aku bagi tahu kawan aku jangan marah Tuhan sebab aku tahu apa pernah lalui benda itu. Rezeki, ego, angkuh, marah… semua itu Dia yang pegang,” katanya.

@soutudeen

Watch full vid yt soutudeen feat @Fimie Don

♬ original sound – soutudeen – soutudeen

Sumber: Podcast Soutudeen

Scroll to Top