[VIDEO] “Dulu Rasa Tak Diendahkan, Saya Pendam Sampai Menangis Sendiri” – Atikah Suhaime Kongsi Cara Kawal Perasaan Lepas Bersalin

[VIDEO] “Dulu Rasa Tak Diendahkan, Saya Pendam Sampai Menangis Sendiri” – Atikah Suhaime Kongsi Cara Kawal Perasaan Lepas Bersalin

Pelakon jelita, Atikah Suhaime, mengakui dirinya sebelum ini jenis yang suka memendam perasaan sehingga pernah menangis sendirian.

Menurut Atikah, pengalaman melahirkan cahaya mata telah banyak mengajarnya mengenai pentingnya komunikasi dalam rumah tangga, terutama dalam meluahkan isi hati kepada suami.

“Sebelum ini saya seorang memendam, saya seorang easy going person. Kalau saya tak suka sesuatu, saya diam. Kalau saya happy, happylah.

“Saya sedar satu perkara selepas bersalin, isteri kena bagi tahu suami setiap perasaan sama ada tak gembira atau ada apa-apa nak kena cakap,” katanya.

Tambah Atikah, dia kini lebih terbuka dalam menyuarakan perasaannya kepada suami kerana baginya perkara tersebut amat penting untuk menjaga emosi.

“Bila orang sekeliling dah faham, barulah kita bahagia. Sebelum ini saya tak pernah kongsi perasaan dengan suami sampai membuatkan saya marah-marah.

“Kalau dulu saya panas, dah berpeluh tapi diam saja sampai nangis sendiri sebab rasa macam tak diendahkan. Tapi sekarang saya cakap baik-baik ‘B, panaslah tolong buka aircond’.

“Sekarang saya sedar untuk kawal perasaan, penting untuk kita berkomunikasi dengan orang. Janganlah tinggi suara pula, cakap dalam nada lembut,” katanya.

@angrykoalamy

ouh macam ni cara Atikah Suhaime kawal emosi lepas bersalin , kalau korang macam mane? cuba comment👇🏻 #angrykoalamy #angrykoala #qaAtikahsuhaime #atikahsuhaime #labourandbirth #Angrykoalaburgundy #mummies

♬ original sound – AngryKoalaMy – AngryKoalaMy

Kredit video: Angry Koala

Scroll to Top