[VIDEO] Fara Salleh Dedah Bukti Shuk Sahar Lafaz Cerai Menerusi Panggilan Telefon Di Thailand – “Dasar Pengecut! Takut Aku Tuntut Nafkah Ke?”

[VIDEO] Fara Salleh Dedah Bukti Shuk Sahar Lafaz Cerai Menerusi Panggilan Telefon Di Thailand – “Dasar Pengecut! Takut Aku Tuntut Nafkah Ke?”

Pelawak, Shuk Sahar didakwa telah menceraikan isterinya, Fara Salleh dengan talak satu menerusi panggilan telefon di platform WhatsApp.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Fara telah memuat naik sebuah video memaparkan Shuk didakwa telah melafazkan cerai bersama agensi perkahwinan di Thailand.

Menggelarkan suaminya itu seorang pengecut, Fara mendakwa Shuk membuat lafaz cerai di Thailand kerana bimbang sekiranya dia menuntut nafkah yang tertunggak untuk dirinya dan anak-anak.

“Takut ke nak cerai nak Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ini yang (kau) culas ke? Takut bagi nafkah pada anak kau yang sah ini ke? Anyway, talak akan jatuh selepas aku bersalin,” katanya.

Bagaimanapun, Fara bertegas mahu menyelesaikan kes perceraian mereka di Malaysia.

“Aku tetap akan teruskan proses di Malaysia sebab aku nak pengesahan juga di Malaysia. Ada lah yang menghasut suruh ceraikan kat sana (Siam),” katanya lagi.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk mula tercetus apabila Fara mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan emosi oleh suaminya, selain mendakwa Shuk tidak mengambil peduli keadaannya ketika dirawat di hospital.

Fara turut menuduh Shuk sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan lebih mementingkan sahabat-sahabatnya berbanding keluarga sendiri.

Sekadar info, Shuk Sahar telah mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh pada November 2023.

Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Scroll to Top