[VIDEO] Fatima Dandan Fattah Amin, Netizen Suka Tengok ‘Bonding Time’ Anak-Beranak – “Momen Paling Indah…”

[VIDEO] Fatima Dandan Fattah Amin, Netizen Suka Tengok ‘Bonding Time’ Anak-Beranak – “Momen Paling Indah…”

Pelakon, Fattah Amin berkongsi sebuah video mencuit hati bersama anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memuat naik video memaparkan momen bersama Fatima yang sedang mendandannya.

Dalam video tersebut, Fatima memakaikan cermin mata hitam kanak-kanak bentuk hati, sepit rambut dan juga rantai yang diletakkan di rambut Fattah.

“Ons tak korang?,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat momen anak-beranak ini.

Ada juga dalam kalangan netizen yang menyifatkan seorang anak perempuan akan sentiasa mengingati momennya bersama bapa.

@fattahamin

Ons tak korang?

♬ original sound – Fattah Amin – Fattah Amin

Scroll to Top