Penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan selepas menyatakan dia akan menonton drama lakonan pelakon dan penyanyi, Fattah Amin sekiranya rasa tertekan.
Menerusi video siaran langsung tular di platform TikTok, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, sempat mengusik Fattah dengan berkata dia akan menonton filem komedi romantik ’11 Cinta Sebelum Kamu’.
“Saya suka tengok cerita psiko, yang ada bunuh-bunuh tapi akhirnya dia psiko. Bila cerita triller, jalan cerita itu diluar jangkaan.
“Tapi kadang kala stress juga. Jadi bila saya stress, saya akan tengok cerita Fattah Amin berlakon drama 11 Cinta,” katanya berseloroh.
Fattah lantas tertawa selepas mendengar kenyataan pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu.
Namun begitu, aktor berusia 35 tahun ini turut membalas meminta Amira untuk tidak menonton drama tersebut.
“Jangan tengok cerita itu, orang lain boleh awak tak perlu. Cerita itu tak sesuai,” katanya.
@im_yourgirl06 #fattahamin #amiraothman #unifi #foryou #masukberanda #fyp #fyppppppppppppppppppppppp