Pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy Azman, berkongsi berita gembira apabila mereka bakal menyambut cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Lebih istimewa, pasangan ini bakal menimang seorang bayi lelaki.
Menerusi perkongsian video tular, Elisya dan suami telah mengadakan majlis ‘gender reveal’ yang dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat sahaja.
Majlis yang berlangsung di Geo Resort, Genting Highlands, Pahang itu menyaksikan pasangan berkenaan tampil anggun mengenakan busana berona coklat.
Terdahulu, menantu kepada pengarah dan penerbit, Sheila Rusly ini pernah memaklumkan, proses kehamilan keduanya ini sangat mencabar apatah lagi dia sering berasa penat.
“Pregnancy kali ni saya cepat penat, morning sickness jadi macam tak sama lah dengan Bunga.Bunga sangat smooth tapi kalini dia macam opposite daripada Bunga.
“Kali ni morning sickness teruk juga. Walaupun perut tak besar.
“Masa Bunga, 6 bulan, perut besar tapi yang ni perut kecil tapi digantikan pula dengan morning sickness, kaki bengkak, jalan pun penat. Jadi saya tak tahu boleh puasa penuh ke tidak kali ini,” jelasnya.
Sekadar info, Elisya dan Uzair Haqimy Azman selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Melodi



