[VIDEO] Gendong Anak Sambil Menyiang Ikan, Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’

[VIDEO] Gendong Anak Sambil Menyiang Ikan, Atikah Suhaime Dipuji ‘Humble’

Pelakon Datin Atikah Suhaime mencuri perhatian selepas memuat naik video menerusi hantaran di media sosial miliknya.

Video berdurasi lebih tiga minit itu memperlihatkan Atikah sedang menggendong bayinya sambil menyiang ikan dan menyiapkan makanan tanpa bantuan pembantu rumahnya.

Kata Atikah, ini adalah resepi makanan sihat untuk golongan ibu terutamanya yang sedang dalam proses menguruskan badan selepas melahirkan anak.

“Eating clean receipe for mom’s. Tak payah pembantu,” katanya ringkas.

Tindakan itu sekaligus menerima respons positif dalam kalangan peminat dan pengikutnya.

Malah, rata-rata menyifatkan, aktres itu sebagai seorang yang ‘humble’ apabila lemah lembut menolak bantuan daripada pembantu rumahnya.

“Tak payah, serius tak payah. Saya boleh buat sendiri.

“Tak apa, simple je resipi ni,’ tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi Atikah dek kerana bukan sahaja cantik tetapi rajin melakukan hal-hal rumah tangga dengan baik.

 

 

Scroll to Top