Gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang hadir memberikan bantuan buat penduduk Muar baru-baru ini mencuri tumpuan.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Syed Saddiq memaklumkan, dia hadir berseorangan dalam misi memberikan bantuan buat penduduk Muar tanpa ditemani penyanyi, Bella Astillah selepas penduduk bertanyakan tentang keberadaan aktres itu.
“Kali ini seorang lah. Tapi kalau setiap hari kena bawa dia ( Bella) datang sekali, baik kena kahwin dulu lah,” katanya.
Meskipun berseloroh, rata-rata warganet teruja mendengar jawapan spontan dari Syed Saddiq.
Sekaligus berharap apa sahaja yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Muar itu menjadi kenyataan.









