Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mendedahkan salah satu lagu dalam Extended Play (EP) berjudul Selasa menceritakan mengenai kisah peribadinya sendiri ketika terpaksa ‘rela’ melepaskan seseorang.
Menerusi sebuah video dimuat naik oleh TikTok XO House, Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, memaklumkan hatinya begitu hancur ketika mendapat tahu bekas kekasihnya akan bertunang.
“Lagu Selasa ini sebenarnya sangat peribadi dan dekat di hati saya. Saya tulis lagu ini pada 28 Disember tahun lalu dan antara yang paling cepat dan mudah saya cipta sebab dia mengalir macam itu saja.
“Katakanlah Selasa ini adalah seseorang, jadi saya mendapat berita yang sangat menghancurkan hati saya mengenai Selasa ini pada hari Selasa.
“Hari dimana saya perlu melepaskan dia sepenuhnya. Hati saya hancur-sehancurnya pada hari Selasa. Setelah sekian lama, saya dapat berita yang amat mematahkan hati yang dia akan bertunang,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Naim menyifatkan dirinya seperti jiwa yang ‘kosong’ sehingga tiada rasa akibat rasa kekecewaan itu.
“Masa saya dapat berita itu rasa dunia saya berhenti berputar, dapat rasa macam sesuatu ditarik dari diri sendiri. Saya dapat rasa yang dia bawa diri saya sepenunya dengan dia. Macam bantal yang tiada kekabu dalam dia, itu lah keadaan saya ketika itu,” katanya lagi.
@x.o.housee Who hurts you Naim Daniel?🥺 Pelancaran Mini Album Naim Daniel bertajuk EP: Lelaki Gila, Petaling Jaya @Naim Daniel #AdminW
Sebelum ini, Naim mengakui dia baru sahaja melalui fasa putus cinta selepas empat tahun bersama wanita yang juga berkecimpung dalam industri seni.
Meskipun enggan mendedahkan sosok wanita tersebut, Naim menjelaskan keputusan untuk berpisah adalah jalan terbaik bagi kedua-dua pihak.
Artikel Berkaitan: Hubungan Selama 4 Tahun Terlerai, Naim Daniel Tinggalkan Kekasih Hati – “Saya Perlukan Ruang Cari Diri Sendiri”




