Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan apabila kelibatnya hadir ke majlis keluarga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, tular di media sosial.
Menerusi video berdurasi 15 saat yang tular di TikTok, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dilihat anggun mengenakan gaun labuh berwarna biru ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani.
Penampilan penyanyi Lebih Indah Berpisah itu yang mesra menyapa ahli keluarga Syed Saddiq telah menjadi perhatian netizen yang rata-rata memuji keakrabannya dengan keluarga ahli politik muda itu.
@bass_forever wah ada Bella 💕 video from: ivylavigne_ (Thread) @Syed Saddiq @Bella Astillah #syedsaddiq #bellaastillah #bass
Malah, sebelum ini tular sebuah video di platform TikTok memaparkan Saddiq turut hadir ke majlis ulang tahun bapa Bella.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa bahagia melihat hubungan dua keluarga tersebut yang dikatakan semakin akrab.
Artikel Berkaitan: #BASS Dijangka Curi Trofi Couple Goals AMT2025? Syed Saddiq & Bella Astillah Diramal Menang Besar!
Artikel Berkaitan: “Jika Itu Kebahagiaan Buat Mereka, Saya Reda” – Luahan Hati Aliff Aziz Terhadap Bella Astillah, Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Kantoi Lagi, Manja Panggil Syed Saddiq ‘Love’