Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjelaskan dia sebenarnya bukan berketurunan Melayu meskipun ramai menyangkakan sebaliknya.
Menerusi satu kenyataan yang tular di media sosial, adik kepada Neelofa itu berkata, ibu bapanya berasal dari Arab dan Pakistan, dan tiada langsung darah Melayu dalam dirinya.
“Saya bukan tak nak cakap saya Melayu, tapi memang tak ada darah Melayu. Ibu saya orang Arab dan ayah pula dari Pakistan,” katanya.
Bagaimanapun, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkata dia fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan dialek Kelantan memandangkan dia dilahirkan dan dibesarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang.
“Lahir di Kelantan, membesar pun di sana. Jadi boleh la cakap Melayu dan dialek Kelantan. Kalau tak boleh, kena tampar la muka saya,” selorohnya.
Katanya lagi, apabila ditanya soal bangsanya, dia lebih selesa menjawab “Melayu” bagi mengelakkan salah faham atau kecaman.
“Biasanya orang tanya ‘Melayu ke?’, saya iyakan saja. Kalau cakap bukan, nanti orang kata tak sedar diri. Tapi realitinya memang tak ada darah Melayu pun,” jelasnya.
Tambahnya, isu identiti sering disalahertikan dan menyebabkan dia memilih untuk berdiam diri sebelum ini.
@_inc3s




