[VIDEO] Isteri Azlan Komeng Terpaksa Pakai Tudung Dedah Leher 

[VIDEO] Isteri Azlan Komeng Terpaksa Pakai Tudung Dedah Leher 

Isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tampil memberi penjelasan berhubung penampilannya yang memakai tudung namun memperlihatkan aurat di leher.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nilam menjelaskan dia terpaksa memakai tudung cara begitu kerana dagunya masih belum pulih sepenuhnya selepas membuat pembedahan membuat silikon di tempat sama dan hidung.

“Maaf ya orang suci, saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi.

“Tak boleh kena pin atau bergesel dengan kain lagi, tapi saya nak juga pakai tudung, janganlah sampai cakap saya ni pakai tudung firaun, kafir, dan sebagainya. Alahai, penat la saya macam ni,” katanya.

@puan_nilamortiz

Maaf ye orang suci saya terpaksa pakai tudung macam ni untuk masa sekarang sebab dagu saya masih belum pulih sepenuhnya lagi,tak boleh kene pin atau bergesel dengan kain lagi tapi saya nak juga pakai tudung tapi janganlah cakap sampai saya ni pakai tudung firaun, kafir dan sebagainya alahai penat la saya macam ni 🤣🤣🤣

♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

Sebelum ini, Nilam mendedahkan dia sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, dan langkah pertam yang dilakukan adalah dengan membuang tatu dan silikon di hidung serta dagu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Buang Tatu, Buang Benda Haram & Berubah Jadi Muslimah Lebih Baik” – Nilam Ortiz & Azlan Komeng Ikhtiar ‘Berubat’

 

Scroll to Top