[VIDEO] Isu Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Anis Nabilah Respons – “Mana Adab Dia?”

[VIDEO] Isu Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Anis Nabilah Respons – “Mana Adab Dia?”

Chef selebriti, Anis Nabil tampil memberi respons terhadap isu pemenang Masterchef Indonesia musim kelima, Chef Stefani Harisan yang dianggap tidak beradab selepas mengkritik makanan Nasi Kandar Malaysia ‘berpasir’.

Ketika ditemui XTRA, Anis menyelar tindakan Stefani atau lebih mesra disapa Fani yang dikatakan tidak profesional ketika memberi komen berhubung makanan tradisional negara lain.

“Tidak dinafikan beliau handal memasak, tetapi sebagai seorang profesional dan manusia beradab, kita tak akan beri kenyataan negatif tentang tradisi budaya makanan negara lain.

“Tak kisah sekiranya awak chef nombor satu di dunia sekalipun. Pada saya, pemilihan ayat dia salah,” katanya.

Dalam pada itu, Anis yang pernah merangkul gelaran Asean’s Most Influential Chef ini menasihati rakyat Malaysia untuk tidak memberi perhatian terhadap isu tersebut.

“Saya agak terkejut dengan komen dia yang agak tak sopan itu, dan saya tahu ramai rakyat Malaysia marah tetapi kita jangan beri perhatian.

“Rasa ini adalah subjektif. Saya pernah rasa makanan pelik seperti kulit lembu tetapi sekalipun tak akan kritik negatif makanan budaya orang lain.

“Mungkin dia kurang adab. Orang Malaysia tenang saja. Nasi Kandar adalah yang terbaik dalam dunia,” ujarnya lagi.

@xtra_my

Amboi, nasi kandar berpasir katanya ek 😌😌 #xtra #fyp #masterchefindonesia #nasikandar #berpasir #anisnabilah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, Fani dikritik ramai selepas mendakwa Nasi Kandar Malaysia mempunyai rasa yang biasa dan berpasir kerana menggunakan rempah serbuk yang banyak.

Lebih menimbulkan amarah orang ramai, Fani berkata nasi kandar yang disediakan di restoran miliknya jauh lebih sedap kerana menggunakan rempah yang lebih segar berbanding di Malaysia.

Anis berkata demikian ketika ditemui di majlis pembukaan cawangan baharu Illy Cafe Di Nu Sentral bersama pelancaran rangkaian hidang menarik Maritozzi, semalam.

Anis Nabilah

Turut dihadiri oleh penyanyi dan pelakon, ALVN pada majlis pembukaan tersebut yang memperkenalkan dua jenis makanan berasal dari Itali iaitu savory dan rasa manis.

Berkongsi lebih lanjut, Anis mencipta dua resepi Maritozzi iaitu Spicy Tuna Mayonnaise dan Prawn Paprika.

Anis Nabilah

Scroll to Top