[VIDEO] “Jika Tidak Diperjuangkan…” – Kapsyen Marissa Dania Undang Rasa Simpati Netizen

[VIDEO] “Jika Tidak Diperjuangkan…” – Kapsyen Marissa Dania Undang Rasa Simpati Netizen

Perkongsian terkini pempengaruh dan model, Marissa Dania Hakim mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan antara momen-momen yang dilaluinya.

Menerusi video tersebut, anak kepada bekas pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, tampil dengan wajah tenang sambil diiringi lagu Pendampingmu #TahtaHatiku nyanyian Shabrina Leanor, penyanyi dari Indonesia.

Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Marissa dalam muat naik tersebut seolah-olah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwanya sedang bergelut dengan perasaan sendiri.

“Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadapnya, malah ada juga yang turut menitipkan nasihat dan sokongan agar Marissa terus kuat menghadapi ujian kehidupan.

Sebelum ini, Marissa dalam satu hantaran di media sosial miliknya seakan memberi bayangan dirinya tidak terkesan dengan tohmahan netizen terhadapnya selama ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Marissa Dania ‘Perli’ Netizen – “Awak Benci Saya, Tapi Saya Tak Kenal Awak”

@marissadaniahakim_

Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu

♬ suara asli – selebrinaa – ꧁SHABRINA FAN࿐

Scroll to Top