[VIDEO] “Kalau Duduk Rumah, Kata Tak Ada Duit” – Fattah Amin & Amira Othman Dikecam, Pengurus Tampil Bidas ‘Haters’

[VIDEO] “Kalau Duduk Rumah, Kata Tak Ada Duit” – Fattah Amin & Amira Othman Dikecam, Pengurus Tampil Bidas ‘Haters’

Terlalu kerap muncul di media sosial kerana urusan kerja, wajah pelakon popular Fattah Amin kini jadi sasaran kritikan netizen.

Tidak tahan dengan komen negatif yang semakin menjadi-jadi, pengurus kepada pelakon berusia 34 tahun itu, dikenali sebagai Aca, tampil ‘membalas’ menerusi satu siaran langsung di TikTok.

“Orang pengecut saja guna akaun palsu. Kalau saya cakap netizen dengki, nanti saya pula dituduh jahat. Saya faham mungkin ada yang muak sebab muka Fattah ada di mana-mana. Tapi ini kerja. Kalau dia duduk rumah saja, nanti dikata tak ada duit pula,” luah Aca dengan nada kecewa.

Menurut Aca, dia menerima terlalu banyak mesej sinis hanya kerana Fattah aktif memenuhi tuntutan kerja, termasuk kolaborasi dan kempen promosi produk di media sosial.

Dalam masa sama, Aca sempat memberi ‘amaran’ lembut kepada netizen agar lebih bijak sebelum melontarkan kata-kata yang boleh mengguris hati.

“Setiap orang ada tahap kesabaran. Fikir dulu sebelum komen. Jangan sampai menyinggung perasaan orang lain,” katanya.

Lebih mengejutkan, penyanyi Amira Othman yang kebetulan terlibat dalam beberapa projek bersama Fattah turut menjadi mangsa kecaman netizen.

“Kenapa nak hentam Amira pula? Dia cuma jalankan kerja yang sudah dipersetujui. Tak suka, tak perlu tengok. Doakan yang baik-baik. Fokus pada hidup sendiri,” katanya sambil menyelar tindakan ‘haters’ yang gemar meninggalkan komen negatif.

@torygolden

Pesanan aca kepada haters yang suka sangat cari salah Fattah ni, kepada haters tu cuba muhasabah diri, jangan nak kata perkara yang tak berfaedah je kat orang. #sakirinaca #fattahamin #amiraothman #doayangbaikbaik #managerfattah

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Scroll to Top