Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, mengakui kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan selepas melalui keretakan rumah tangga bersama aktor sensasi, Aliff Aziz.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sedang mempromosikan produk lipmatte keluarannya, Baellova yang mempunyai dua kod warna iaitu ‘needy’ dan ‘loyal’.
“Kenapa saya pilih loyal sebab melambangkan kesetiaan, tapi tolonglah setia kepada orang yang tepat.
“Kali ini saya akan lebih berhati-hati. Kita setia pada orang yang tepat,” katanya dalam video tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan geli hati mendengar kenyataan Bella itu, malah ada juga yang bersetuju dengan ibu anak dua ini.
Sejak kebelakangan ini, nama Saddiq dan Bella semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas beberapa video mesra mereka tular di media sosial.
Pasangan ini juga mencipta kenangan indah bersama dengan menawan puncak Gunung Kinabalu.
Malah, Bella menegaskan bahawa kemesraan mereka bukan sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Menariknya, ibu kepada Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, sebelum ini pernah memuji peribadi Bella yang baik, manakala abangnya, Syed Abdullah, turut memberi ‘lampu hijau’ kepada hubungan mereka.
@irenejuguja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terpesona Dengan Bella Astillah” – Syed Saddiq Buat Netizen Tak Keruan!
Artikel Berkaitan: Dah Ada Nama Manja Baru, Bella Astillah Siap Beri ‘Amaran’ Pada Syed Saddiq Jangan Jadi Buaya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipuji Lembut & Sopan, Ahli Parlimen Sejuk Hati Bertemu Bella Astillah – “Andai Itu Takdir Mereka, Semoga Dipermudah…”