“Sebab perangai kau. Never change. Kau tengok apa kau buat?”.
Demikian aksi pelakon versatil, Nabila Huda yang berlatih monolog untuk watak seterusnya.
Dikongsikan menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya, anak kepada penyanyi Datuk Amy Search itu memuat naik video terbabit dengan kapsyen: “Tengah rehearsal monolog untuk my next job. Wish me luck for my next character everyone.”
Antara bait-bait monolog yang dilafazkan oleh Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil adalah nasihat kepada individu yang didakwa menjadi punca kepada kemelut yang timbul agar berhenti membuat tindakan bodoh yang boleh menjejaskan nama baik.
“Eh betina! Aku rasa kau dah boleh stop dah buat benda bodoh-bodoh ni. Kau ingat kau siapa?
“Hentilah memalukan keluarga, memalukan suami tercinta kau, kau cubalah sedar sikit, kau tu pelacur yang berstatuskan datin sahaja. Kau ingat kau besar sangat ke?
“Aku dah cakap satu malaysia tak sukakan kau. Kau dah boleh keluar dari negara ni dah… tak ada orang boleh terima kau dah. Sebab perangai kau. Never change.
“Kau tengok apa kau buat? Sebab orang lain beri pendapat, kau tak boleh. Semua nak ikut cara hidup kau. Ingat asal usul tu siapa. Aku dah banyak kali dah warning.
“Jangan sampai orang investigate siap diri kau sebenar. Don’t ever let people korek dalam-dalam keluarkan segala benda jahat yang kau buat dekat belakang,” katanya.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Abil bagaimanapun menegaskan, apa yang berlaku adalah karma di atas perbuatan individu terbabit.
“Anyway, aku tak sebut nama pun. jadi jangan lah rasa ‘Oh, its me… dia cakap pasal I?’ Cukuplah dengan drama kau.
“Aku rasa kau patutnya yang berlakon dalam drama 7 petang Akasia. Your acting is over. You never change and i dont think so. Status atau panggilan datin dengan muka kau.
“What goes around comes around. Karma is a bitch bitch. You never change!,” katanya.
Di ruangan komen, warganet mula mendakwa hantaran terbabit dikongsikan untuk menyindir seseorang.
Dalam pada itu, rakan-rakan serta peminat turut terhibur dengan perkongsian Abil dan meninggalkan komen lucu serta emoji ketawa.