[VIDEO] Lelaki Jual Roti Arab Curi Tumpuan, Wajah Seiras PU Riz

[VIDEO] Lelaki Jual Roti Arab Curi Tumpuan, Wajah Seiras PU Riz

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Aniq mencuri perhatian warga maya selepas wajahnya dikatakan seiras pendakwah bebas terkenal, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail.

Menerusi sebuah video yang tular di platform TikTok, Aniq yang juga peniaga roti Arab menjadi bualan ramai selepas kemunculannya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pencipta kandungan makanan.

Apa yang lebih menarik, bukan sahaja wajah Aniq disamakan dengan suami kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, malah gaya percakapannya turut dilihat hampir serupa.

“Macam PU Riz versi tembam sikit,” komen salah seorang pengguna TikTok yang turut teruja melihat persamaan tersebut.

Netizen juga tidak melepaskan peluang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi, ada yang terhibur, tidak kurang juga yang terkejut dengan persamaan ketara antara Aniq dan PU Riz.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 400,000 tontonan, 13,000 tanda suka dan 500 komen.

@fariz96ikhwan_

@zahmanrotiarab Kini dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi di Bandar Seri Astana! @aniqazman5

♬ original sound – Fariz Ikhwan – Fariz Ikhwan

Scroll to Top