[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Pelakon versatil, Ellie Suriaty mendakwa kehilangan beberapa tawaran kerja selepas video melibatkan dirinya yang dimuat naik oleh pempengaruh terkenal, Imran Bard, tular di media sosial.

Dalam sesi podcast Bukak Mulut bersama Affendy Jailani, Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, mengakui dirinya sangat terkesan gara-gara fitnah yang bertebaran itu memberi impak terhadap kerjaya seninya.

“Saya sangat tertekan. Bayangkan, selepas hampir tiga dekad dalam industri seni, saya hilang tawaran kerja hanya kerana satu video fitnah yang diviralkan. Sakitnya berbeza, ia mencalarkan maruah dan perjalanan seni saya,” luahnya.

Ellie turut berkongsi ada pihak yang mempertikaikan tindakannya mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan.

Namun, Ellie menegaskan sidang media adalah platform penting bagi penggiat seni untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih jelas kepada umum.

“Orang tanya kenapa saya buat sidang media? Sebab saya seorang penggiat seni kreatif. Cara kami menjelaskan sesuatu adalah melalui medium ini.

“Dalam sidang media itu, saya beritahu yang saya difitnah. Saya juga menyatakan saya marah, dan saya ada hak untuk marah. Ini bukan sekadar isu kecil bagi saya,” tegasnya.

@affendyjailani

#elliesuriaty #bukakmulut #malaysiatiktok #fypシ゚viral #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #tiktok #malaysia #fypage #fypdong

♬ original sound – Affendy Jailani – Affendy Jailani

Sebelum ini, Ellie mendakwa Imran telah mencalarkan namanya melalui dua hantaran di TikTok yang berunsur fitnah.

Berikutan itu, Ellie menuntut permohonan maaf bukan sahaja daripada Imran, malah juga daripada ibu bapa pempengaruh tersebut.

Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai, Imran akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya kerana menyinggung perasaan Ellie.

Artikel  Berkaitan: Ellie Suriaty Sedia Bersemuka Dengan Imran Bard – “Teruskan Saman Atau Tidak Bergantung Pada Ketulusan Dia Minta Maaf”

Kredit Video: Affendy Jailani (Podcast Buka Mulut)

Scroll to Top