Oh! Artis
Video lucah mirip penyanyi muda tersebar, netizen dakwa bekas teman wanita jadi mangsa ugutan.
Tengah viral pula dekat media sosial sekarang ni beberapa video lucah yang didakwa melibatkan seorang penyanyi lelaki tempatan dengan bekas teman wanitanya. Lagi mengejutkan, wajah lelaki dalam video tu memang jelas kelihatan, tak kabur pun.
Difahamkan ada empat video yang tersebar dengan durasi hampir 20 minit, siap berlegar kat Telegram dan platform lain. Makin kecoh bila netizen dakwa penyanyi tu sendiri yang sebarkan!
Netizen tuduh penyanyi sendiri yang sebar

Beberapa netizen dakwa penyanyi tu bertindak sebarkan video berkenaan sebab kecewa hubungan cinta mereka putus di tengah jalan. Katanya macam balas dendam.
Saya baru faham cerita. Rupanya perempuan itu tidak lagi mahukan lelaki tersebut, jadi lelaki itu sebarkan kisah mereka dan dia sendiri jual video di Telegram.
Macam-macam perangai budak zaman sekarang. Kalau orang sudah tidak mahu, berpada-padalah. Tak takut masuk penjara ke ugut bekas teman wanita?- Luah seorang netizen di X.
Identiti penyanyi popular belum disahkan setakat ini

Walaupun ramai buat spekulasi, masih belum ada pengesahan rasmi setakat artikel ini ditulis. Nama penyanyi pun belum disebut secara terbuka oleh mana-mana pihak.
Setakat ni, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada penyanyi terbabit berhubung dakwaan tersebut. Pihak media juga dilihat cuba hubungi penyanyi muda tu tapi mesej yang dihantar langsung tak berbalas. Mungkin dia sedang tenangkan diri atau tengah rancang nak jawab dakwaan.
Kalau ikut rekod, penyanyi ni pernah cetus kontroversi sebelum ni juga. Penyanyi sama pernah dikecam sebelum ni sebab muzik video lagu dia dikatakan menyentuh sensitiviti agama Islam. Isu tu pun dah cukup panas waktu tu, dan sekarang muncul pula kontroversi baru.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil ringan soal privasi orang, apatah lagi kalau melibatkan bekas pasangan. Benda macam ni bukan saja boleh cemarkan nama, tapi boleh bawa ke balai juga.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




