[VIDEO] “Mak Iti Bukan Tengok Live Pun, Dia Sebenarnya Shopping Barang Merepek Je” – Izara Aishah

[VIDEO] “Mak Iti Bukan Tengok Live Pun, Dia Sebenarnya Shopping Barang Merepek Je” – Izara Aishah

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah mencuri perhatian apabila sepotong video pendek yang tular di TikTok menyorot perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu,Izara kelihatan sedang melakukan sesi siaran langsung produk tudung keluarannya.

Bagaimanapun, ibu anak dua itu sempat berkongsi gelagat lucu ibu mentuanya yang juga Biduanita negara, Datuk Seri Siti  Nurhaliza yang pada ketika itu turut mengikuti sesi live tersebut.

Menurut Izara, Siti bukanlah mahu melihat sesi siaran langsung miliknya, melainkan mahu membeli belah di platform berkenaan.

“Mak Iti (Panggilan buat Siti Nurhaliza) dia sempat tau. Lepastu dia bukannya tengok live saya dia sebenarnya nak shopping dekat TikTok.

“Lepastu, semua barang-barang merepek dia beli. Benda mengarut semua dibeli, stoking lah, beli tempat putihkan ketiak lah, semua dia beli.

“Dia cepat teracun, jadi kalau nak ‘racun’ Mak Iti adalah orangnya. Senang sangat nak suruh dia beli barang-barang mengarut.

“Dia tengah scroll-scroll shopping tu sebenarnya. Tengok saya dah spill the tea,” katanya.

Sedar dengan gelagat menantunya itu, Siti bagaimanapun kelihatan memberikan komen balas meminta agar izara tidak ‘bocorkan’ rahsia kepada peminatnya.

“Jangan cerita dekat orang,” balas Siti.

Scroll to Top