Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk tidak terus mengulas lebih lanjut berhubung perkahwinan baru ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff berkata sebagai anak dia telah cuba untuk memberi nasihat dan membantu konflik tersebut yang dipercayai berbincang antara mereka sekeluarga.
“Selama saya buat siaran langsung, saya tak pernah ulas atau cerita apa yang berlaku antara saya dengan keluarga. Berkaitan isu tular, saya dah menasihati dan cakap baik-baik antara keluarga.
Kadang kala bila orang bercakap, saya selalu beri pesanan kepada mak saya, Bonda Rozita, kalau keluarga kita ni ada masalah tak kisah belah mana-mana pihak jangan sampai tular, antara keluarga saja. Saya tak suka,” katanya.
@anisracunsyou #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #bondarozitaibrahim #bondarozita #papalaris #papalarisofficial #fyp #foryou #viral
Bagaimanapun , Aliff menjelaskan hubungannya sekeluarga dalam keadaan baik-baik sahaja dan tiada masalah antara mereka.
“Walaupun saya nampak bodoh-bodoh macam ni, tapi saya memang menjaga aib keluarga. Alhamdulillah, keluarga saya baik-baik saja.
“Saya tak akan cerita aib sesiapa. Apa yang saya boleh ulas, keluarga kami baik-baik sahaja, bahagia. Mak saya baik, adik-beradik saya baik. Saya gembira dengan keluarga saya. Apa yang berlaku biar pihak kami sahaja yang tahu,” ujarnya.
@anisracunsyou Replying to @Rynna Rizmim sambungan. #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #bondarozitaibrahim #bondarozita #papalaris #fyp #papalarisofficial #foryou #viral
Aliff turut berkata mereka sekeluarga lebih memilih untuk menyimpan masalah berlaku dalam keluarga mereka daripada orang luar, sebaliknya hanya berkongsi perkara yang menggembirakan sahaja.
“Biar antara masalah, kebaikan dan keseronokan kami tanggung. Tiada apa, kami seronok sahaja. Sebaik-baik kalau ada masalah kami jangan hebohkan, biar korang tengok kami bahagia, yang kami rasa biar kami simpan. Keluarga mana yang sempurna, tiada keluarga yang bahagia. Tapi saya sentiasa mendoakan. Apa yang berlaku ini ada hikmah. Saya dah menasihati dan dah cuba membantu,” tambahnya lagi.
@anisracunsyou Replying to @sinar✨ last part. #alifsyukriterlajaklaris #alifsyukri #papaterlajaklaris #datoaliffsyukri #datoalifsyukri #datoaliffsyukriterlajaklaris #bondarozitaibrahim #bondarozita #foryou #foryoupage #viral
Sebelum ini, heboh di media sosial berhubung perkahwinan Bonda Rozita bersama abang kepada aktres, Rebecca Nur Al Islam.
Bonda dalam satu kenyataan sebelum ini telah mendedahkan mengakui berkahwin semula namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai konflik rumah tangga terdahulu.
Artikel Berkaitan: Bonda Rozita Enggan Jaja Aib Perkahwinan Terdahulu – “Anak Saya Sendiri Tak Perlu Tahu”
Artikel Berkaitan: Spekulasi Kahwin Baru Akhirnya Terjawab, Bonda Rozita Kongsi Foto Bersama Suami