[VIDEO] Manis Berkaca Mata ‘Sedondon’, Momen Bella Astillah Bawa Anak-Anak Ke Taman Tema Bersama Daniesh Suffian Curi Tumpuan!

[VIDEO] Manis Berkaca Mata ‘Sedondon’, Momen Bella Astillah Bawa Anak-Anak Ke Taman Tema Bersama Daniesh Suffian Curi Tumpuan!

Perkongsian terkini pelakon jelita, Bella Astillah mencuri perhatian selepas dia berkongsi momen-momen ketika membawa anak-anak bermain di taman tema Sunway Lagoon.

Namun apa yang menarik perhatian adalah momen tersebut itu turut disertai oleh penyanyi, Daniesh Suffian.

Berdasarkan beberapa hantaran dimuat naik di Instagram Story (IGs), Daniesh menemani anak-anak Bella, Ayden dan Aira bermain salah satu tarikan di taman tema tersebut.

Selain Daniesh, adik-beradik dan ibu Bella, Eina Astilah turut menyertai aktiviti mereka itu.

Di ruangan kapsyen video tersebut, Bella mengucapkan terima kasih kepada Daniesh kerana sanggup menemani dan meluangkan masa bersama keluarga kecilnya itu.

Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Namun, Bella sah bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.

Terdahulu, nama aktor Muaz Zabir juga pernah terpalit dalam kontroversi rumah tangga Bella apabila dia dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan aktres itu.

Scroll to Top