Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menarik perhatian apabila hadir ke sidang Dewan Rakyat hari ini bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah dilihat mengenakan busana Melayu sedondon berona biru.
Lebih mencuri tumpuan, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, turut serta dengan berpakaian kot kelabu lengkap dengan tanda nama, Ayden tampil seperti seorang Ahli Parlimen kecil, mencetuskan keterujaan dalam kalangan hadirin.
Dalam satu rakaman video, Syed Saddiq kelihatan ramah memperkenalkan Bella kepada beberapa Ahli Parlimen.
@febbyfeb_98 wow😍😍😍 #parlimenmalaysia #ayden #bellaastillah #syedsaddiq #fyppppppppppppppppppppppp #couple #goals #sweet #fyp #trending #CapCut #terbaru #ship #foryou
Malah, menerusi video tular lain di Tiktok juga memaparkan perbualan mesra antara Syed Saddiq dan Ayden mengenai keprihatinan terhadap rakyat Gaza turut menyentuh hati ramai.
@nur_qasih Bella datang Parlimen guys #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #4u #fypage
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sejak kebelakangan ini, hubungan akrab antara Syed Saddiq dan Bella menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Selain bekerjasama sebagai duta jenama pakaian, mereka juga sering dilihat menghabiskan masa bersama, termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini, sekali gus mencetuskan lebih banyak spekulasi mengenai hubungan mereka.
Menambah lagi keterujaan peminat, Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sebelum ini, Saddiq memotong rambutnya mengikut gaya seperti jejaka Korea atas permintaan Bella turut menjadi sorotan netizen yang mengatakan hubungan mereka dipercayai bukan sekadar rakan biasa.
Malah, Bella turut mengaku kemesraan yang dipaparkan kepada umum itu bukan ‘marketing’ seperti yang didakwa segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Potong Rambut Ikut Gaya ‘Korea’ Pilihan Bella Astillah, Netizen Komen: “Hubungan Ni Bukan Biasa-Biasa”




