[VIDEO] “Mental Saya Okay” – Naim Daniel Enggan Melatah Isu Dakwaan Amang Seksual

[VIDEO] “Mental Saya Okay” – Naim Daniel Enggan Melatah Isu Dakwaan Amang Seksual

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memaklumkan  keadaan mentalnya berada dalam baik meskipun kini berdepan ujian berat apabila didakwa terlibat dalam kes amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, yang didakwa berlaku pada Mei lalu.

Menurut Naim, dia memilih untuk kekal tenang dan memberi sepenuh fokus terhadap proses perundangan yang sedang berlangsung.

“Keadaan mental saya baik. Saya tak melatah dan betul-betul beri tumpuan sepenuhnya pada kes ini,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya lagi, keluarga terdekat turut memberikan sokongan moral dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Alhamdulillah, keluarga saya semuanya okay dan tiada masalah. Mereka beri sokongan dan doa yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Naim turut menjelaskan segala urusan berkaitan aktiviti seninya masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan.

“Persembahan dan aktiviti seni masih dalam perbincangan. Buat masa ini, saya hanya fokus pada perkara yang sudah sedia ada di hadapan mata,” ujarnya.

Terdahulu, Naim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada Mei lalu.

Dalam prosiding pertama yang berlangsung hampir tiga jam itu, Naim dikenakan wang jaminan sebanyak RM12,000 dan turut diarahkan menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah.

Sebutan semula kes dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2025.

Pagi Selasa, Naim hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya ditemani ibu tercinta, Nora Taherah serta kakaknya.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti lelaki terkenal ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Difahamkan, mangsa yang juga berusia 17 tahun, merupakan peminat Naim dan mereka mula berkenalan ketika gadis itu bekerja di sebuah kafe.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan awal mendapati hubungan mereka bermula secara suka sama suka sebelum laporan polis dibuat.

Artikel Berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tak Bersalah Amang S*ksual Remaja 17 Tahun… Pasport Diserah Kepada Mahkamah, Diikat Jamin RM12,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Tuduhan Ini Sangat Berat, Saya Mahu Bersihkan Nama” – Isu Amang Seksual, Naim Daniel Mohon Doa

Scroll to Top