[VIDEO] “Mereka Tak Boleh Lagi Rujuk Kembali”- Cerai Secara ‘Live’, PU Syed Respons Isu Siti Jamumall & Aiman

[VIDEO] “Mereka Tak Boleh Lagi Rujuk Kembali”- Cerai Secara ‘Live’, PU Syed Respons Isu Siti Jamumall & Aiman

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan respons susulan kes cerai secara langsung pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah pada Khamis.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, kedua-dua pasangan ini haruslah merujuk kepada pihak Mahkamah berhubung kes lafaz cerai yang dibuat Aiman.

“Saya nak respons tentang isu pempengaruh yang suaminya telah melafazkan talak sebanyak dua kali. Saya juga difahamkan mereka sebelum ini pernah bercerai dan diulangi dengan perkara itu semalam.

“Yang pertama ada tiga perkara bersungguh atau kalau secara main dia akan jadi iaitu cerai. Dalam kes influencer ini,  isteri dalam keadaan mengandung diceraikan talak dua sebanyak dua kali.

“Kalau dicampurkan talak dua dengan talak sebelum ini maka telah mencukupkan tiga kuota talak yang telah diberikan. Dan jika berlaku benar dan telah disahkan dengan pihak autoriti atau mahkamah sebab perkara ini perlu refer dengan pihak mahkamah.

“Tapi dari segi teorinya tiga talak yang telah mencukupi ini telah menyebabkan dia telah mencukupkan kepada tiga kali kuota talak.

“Maka talak ini disebut talak bain kubro. Bagi kes ini, jika sah talak, mereka tidak boleh lagi rujuk sehinggalah isterinya bernikah dengan suami yang lain,”ulasnya.

“Syarat berkahwin lain, suami yang baru itu mestilah pernah ‘bersama’ dengan isteri tersebut lalu mereka bercerai. Kemudian barulah isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Jangan upah pak turut atau ‘cina buta’, pernikahan tersebut tidak sah,” katanya.

Berkongsi lanjut, PU Syed menjelaskan, mana-mana pasangan hendaklah berhati-hati sebelum melafazkan talak apatah lagi jika ia dibuat hanya sekadar konten.

“Berhati-hatilah, jangan jadikan cerai dan rujuk sebagai konten, pasti akan dapat kecaman.

“Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya juga dianggap bersungguh-sungguh, salah satunya adalah cerai. Walaupun kita bergurau dengan isteri, jatuh talak juga,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Dakwa Aiman Ambil D*dah & Curang? Siti Jamumall Diceraikan Kali Kedua Dengan Talak Dua Ketika Live TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Dakwa Aiman Ambil D*dah & Curang? Siti Jamumall Diceraikan Kali Kedua Dengan Talak Dua Ketika Live TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya, Kami Bercerai & Rujuk Semula Dalam Hari Sama” – Siti Jamumall 

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Jalan Kaki 15KM Bawa Perut Lima Bulan” – Telefon Mati, Siti Jamumall Kongsi Detik Cemas 

Scroll to Top