Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menjemput orang ramai untuk memeriahkan majlis akikah anak sulung dengan gelaran ‘Baby M’, yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Jun.
Menerusi perkongsian di Intagram (IG), Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd. Razali, 33, mengadakan majlis tersebut di Franky Corner, Kota Bharu bermula 3 petang sempena Hari Raya Aidiladha.
“Hari Raya Aidilfitri lalu tak dapat balik Kelantan, tapi kali ini kami pulang ke kampung. Jadi, saya nak ajak anda semua datang ke majlis akikah Baby M pada 7 Jun ini,” katanya.
Sekadar info, Nabila berkahwin dengan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 23 Disember tahun lalu.