[VIDEO] Neelofa Kongsi Amalan Berdoa Di Setiap Sujud – “Saya Akan Dedikasi Satu Doa Untuk Satu Solat”

[VIDEO] Neelofa Kongsi Amalan Berdoa Di Setiap Sujud – “Saya Akan Dedikasi Satu Doa Untuk Satu Solat”

Selebriti dan usahawan jelita, Noor Neelofa berkongsi salah satu caranya berdoa ketika menunaikan solat sama ada ibadah fardhu mahupun sunat.

Menerusi sesi podcast bersama Ahli Politik, Nurul Izzah, Neelofa berkata dia akan membaca satu doa di setiap sujid solat tersebut.

“Every sujud I make, I will make one doa. As simple as ‘Ya Allah, bagilah anak aku ada selera makan. Aku dah penat masak ni. Bagilah dia sihat sejahtera dengan apa yang dia makan.

“Doa itu saya akan ulang, kalau kata 4 rakaat maka sebanyak 8 kali setiap sujud saya cakap perkara sama. Saya akan dedicate satu solat dengan satu doa yang saya mahukan.

“Subuh tadi, dua solat sunat dengan dua solat fardhu tadi saya doa kelancaran untuk penggambaran ini,” katanya.

@n_izzah_anwar

Edisi Khas, bukan lagi Ramadan, tapi Syawal telah melabuhkan tirai nya dengan episod terakhir ! 🥺 Perkongsian sisi peribadi, hijrah, dakwah dan kesederhanaan dalam meraikan Syawal bersama Hajah @neelofa ❤️ Link di bio! #fyp #fypシ #foryou #fypage #aidilfitri #doa #BicaraRamadan #aidilfitri2025 #neelofa #hijrah

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi mereka turut melakukan perkara yang sama seperti yang diamalkan oleh isteri kepada pendakwa bebas, PU Riz.

Sumber/Kredit video: Bicara Ramadan

Scroll to Top