[VIDEO] Nora Danish Kongsi Tip Mengaji Al-Quran Ikut Cara Pernafasan Yang Betul

[VIDEO] Nora Danish Kongsi Tip Mengaji Al-Quran Ikut Cara Pernafasan Yang Betul

Gelagat pelakon jelita, Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila berkongsi perjalanan pembelajarannya mendalami ilmu al-Quran di media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story, Nora, 43, dilihat mengikuti kelas bacaan al-Quran secara dalam talian bersama Ustaz Hafiz Kamal.

Apa yang lebih menarik, Nora turut berkongsi tip berguna buat mereka yang mengalami kesukaran membaca ayat suci al-Quran disebabkan pernafasan pendek.

“Ustaz Hafiz ajar cara baca al-Quran ikut cara pernafasan kita sendiri jadi ia boleh membuatkan kita baca Quran dengan mudah dna tak stress.

“Contohnya kalau kita jumpa huruf (و) maksudnya ‘Dan’ jadi kita boleh berhenti sebelum dan kalau kita jumpa huruf (  ّّ )maksudnya kemudian ( َ)maksudnya maka dan ada beberapa lagi contoh lain.

“Macam saya nafas pendek, jadi saya akan pendek-pendekkan bacaan saya,” kongsinya.

Scroll to Top